KAEDAH PENCARIAN
MAKLUMAT
Pencarian
maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari
maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik
kita merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik
mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian
maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan
efektif.
Lima
Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.
Tentukan
maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
Sejauh
manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah
dan jati diri murid?
|
Buangkan
kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.
Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.
3.
Gariskan
perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda.
Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang
boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
kegiatan
kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
|
5.
Pencarian
boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
·
Pangkasan
(truncation) - kegiatan »»» giat
·
Berfrasa - “jati diri”
·
Wild card - *giat* »»» kegiatan,
penggiat, plagiat
·
Operator
Boolean - AND, OR, NOT
·
Kombinasi
pangkasan dan Boolean
·
Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”
Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi
pernyataan carian.
*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah
AND “jati diri”
|
“kegiatan kokurikulum” AND (sahsiah OR sikap) AND (jati diri NOT nilai)
|
Operator
Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1.
Operator
AND diletakkan di antara kata kunci
yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil
pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
2.
Meletakkan
operator OR di antara kata kunci
akan memperluas hasil carian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas
pencarian kepada laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua
perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
3.
Operator
NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian “jati diri” NOT sikap
akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri
tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.
6.1.2
STRATEGI MENILAI MAKLUMAT
DENGAN BERKESAN
Maklumat
yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya
dan ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada
maklumat yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.
Terdapat
beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness,
Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability,
Objectivity, Accuracy, Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). Bahagian
ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.
A S P E C
T
|
AUTHORITY »»» Autoriti
|
Autoriti
·
Ketahui
siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang
diterbitkan.
·
Adakah
isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak yang
bertanggungjawab.
·
Ketahui
reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.
A S P E C
T
|
SOURCE »»» Sumber
|
Sumber
·
Adakah
maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
·
Apakah
sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
·
Adakah
maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?
A S P E C
T
|
PURPOSE »»» Tujuan
|
Tujuan
·
Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
·
Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?
A S P
E C T
|
EVENNESS »»» Kesamarataan
|
Kesamarataan
·
Adakah
maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-mana pihak?
·
Adakah
maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana pihak?
A S P E C T
|
COVERAGE »»» Liputan
|
Liputan
·
Apakah
topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
·
Sejauh
manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?
A S P E C T
|
TIMELINESS »»» Kekinian
|
Kekinian
·
Bilakah
sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
·
Adakah
laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk kekal
lama?
·
Pastikan
maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian dilaksanakan.