Isnin, 27 Julai 2015

KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT



KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT

STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT
Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu.

Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.    Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 


    Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.  Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 

3.    Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 

kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.


5.    Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
·         Pangkasan (truncation)    -     kegiatan  »»»  giat
·         Berfrasa                            -     jati diri
·         Wild card                           -     *giat* »»»  kegiatan, penggiat, plagiat
·         Operator Boolean             -     AND, OR, NOT
·         Kombinasi pangkasan dan Boolean
·         Nesting                              -     (murid OR pelajar) AND “jati diri

Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND jati diri
kegiatan kokurikulum AND (sahsiah OR sikap) AND (jati diri NOT nilai)
   

Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.

1.    Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.  

2.    Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

3.    Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.


6.1.2      STRATEGI MENILAI MAKLUMAT DENGAN BERKESAN
Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.

Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy, Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal menggunakan model ASPECT.

  A   S   P   E   C   T
  AUTHORITY  »»»  Autoriti

Autoriti
·         Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang diterbitkan.
·         Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak yang bertanggungjawab.
·         Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.

  A   S   P   E   C   T
  SOURCE  »»»  Sumber

Sumber
·         Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
·         Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
·         Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?

  A   S   P   E   C   T
  PURPOSE  »»»  Tujuan


Tujuan
·         Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
·         Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?




  A   S   P   E   C   T
 EVENNESS  »»»  Kesamarataan

Kesamarataan
·         Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-mana pihak?
·         Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana pihak?


  A   S   P   E   C   T
  COVERAGE  »»»  Liputan

Liputan
·         Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
·         Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?


  A   S   P   E   C   T
  TIMELINESS  »»»  Kekinian

Kekinian
·         Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
·         Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk kekal lama?
·         Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian dilaksanakan.