Rabu, 28 September 2011

Laporan Kemuncak Hari Kokurikulum 2011

LAPORAN KEMUNCAK HARI KOKURIKULUM
SK SUNGAI LAMPAM 2011

Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Lampam, telah mengadakan Kemuncak Hari Kokurikulum 2011 pada 23 September 2011 (Jumaat 3.00 hingga 5.30 petang) dan 24 September 2011 (Sabtu 8.00 hingga 12 tengahari). Kemuncak Hari Kokurikulum ini adalah melibatkan murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 seramai 154 orang.Program kali ini adalah dibawah anjuran unit beruniform dan persatuan.
             
Sebelum berlangsungnya program tersebut satu mesyuarat peringkat jawatankuasan induk telah diadakan bagi memilih dan menentukan aktiviti yang akan dijalankan. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 5 September 2011 dan dipengerusikan oleh Pengerusi Program iaitu Pn Hjh Saayah Abu Mansor (PK Kokurikulum). Selepas itu satu lagi mesyuarat peringkat sekolah telah diadakan pada 22 September 2011yang telah dipengerusikan oleh En Daud b Zakaria bagi menerangkan gambaran awal program tersebut dan pembahagian tugas.



Murid-murid telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yang mana setiap kumpulan dianggotai seramai 13orang murid. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru sebagai mentor kepada kumpulan tersebut.

Sebelum program bermula, setiap kumpulan diberi peluang untuk berbincang dengan guru kumpulan masing-masing untuk menentukan tugasan yang diberikan. Dalam program kali, setiap kumpulan diminta untuk melaksanakan aktiviti memasak menu minum petang, menjawab soalan kuiz, memasang gajet dan membuat kraftangan berasaskan botol plastik.
            
 Program Kemuncak Hari Kokurikulum 2011 bermula pada petang hari Jumaat, 23 September 2011 jam 3.00 petang dengan dimulai sesi pendaftaran kumpulan. Sesi pendaftaran dikendalikan oleh Pn. Normazidah Mat Isa dan Cik Shahariah Dahalan. Selepas sesi pendaftaran peserta diberikan taklimat ringkas oleh setiausaha program iaitu En Hairul Mohd Ramli. Selepas tamat sesi taklimat peserta dan guru penasihat kumpulan diberi masa selama 1jam 15 minit bagi menyediakan masakan menu minum petang iaitu bihun goreng.


Seramai 6 orang setiap kumpulan melakukan aktiviti 1: Pertandingan Masakan Menu Minum Petang.
Sementara sebahagian ahli kumpulan menyediakan masakan, sebahagian lagi peserta terlibat dalam menjawab soalan kuiz persatuan yang merangkumi soalan lisan dan soalan bertulis. Soalan lisan meliputi soalan Bahasa Melayu dan Matematik, manakala soalan lisan adalah soalan Pendidikan Islam dan Kuiz Kemerdekaan. Aktiviti ini dikendalikan oleh setiausaha program iaitu En. Hairul Mahd Ramli.


Kuiz lisan Bahasa Melayu dan Matematik                             Kuiz Bertulis: Agama dan Merdeka

Selesai sahaja aktiviti pertama iaitu pertandingan masakan, setiap kumpulan dikehendaki menghidangkan hasil masakan mereka mengikut kreativiti mereka untuk diadili oleh para hakim yang telah dilantik. Mereka terdiri daripada En Noor Abdullah Shafie Sulaiman, En Razali Mat Jee, Pn Sahilah Suitir@Salman dan Pn Siti Rahmah Ismail.




Aktiviti 1: Pertandingan Masakan: Menu Minum petang

Para hakim menilai dan merasa setiap masakan yang dihasil oleh setiap kumpulan.
Selepas sahaja para hakim menilai dan memberi markah kepada hasil kerja peserta, para peserta diberi peluang untuk menikmati hasil masakan kumpulan masing-masing melalui jamuan petang. Aktiviti petang tersebut berakhir pada pukul 5.30 petang.

 Program Kemuncak Hari Kokurikulum 2011 disambung pada hari kedua iaitu hari Sabtu 24 September 2011 bermula jam 8.00 pagi. Selepas pendaftaran kehadiran yang dikendalikan oleh Cik Shahariah Dahalan dan taklimat oleh setiausaha program En. Hairul Mohd Ramli, peserta-peserta program melakukan aktiviti yang kedua iaitu mendirikan gajet. Aktiviti ini dikendalikan oleh En Khairul Azam Jamil. Para peserta seramai 7 orang daripada setaip kumpulan dikehendaki mendirikan sebuah gajet dua tingkat seperti contoh yang ditunjukkan. Selain memasang, peserta juga perlu memotong buluh-buluh yang telah disediakan mengikut ukuran yang betul.


Peserta dibantu guru pembimbing melakukan aktiviti.

Aktiviti ini juga merupakan aktiviti pertandingan. Hakim-hakim adalah terdiri daripada En Noor Abdullah Shafie Sulaiman dan En Razali Mat Jee. Sementara 7 orang peserta setiap kumpulan melaksanakan tugasan tersebut, sebahagian lagi peserta setiap kumpulan melakukan aktiviti memasang puzzle  yang dikendalikan oleh setiausaha program.


Program hari kedua tersebut berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi untuk memberi peluang kepada peserta dan guru menikmati KUDAPAN.

Aktiviti Kemuncak Hari Kokurikulum disambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan aktiviti yang ketiga iaitu aktiviti kraftangan daripada botol plastik. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan 6 kraftagan berasaskan botol plastik yang mereka bawa sendiri dengan dibimbing oleh guru pembimbing kumpulan.



Aktiviti ketiga hari kedua ini berakhir pada pukul 11.45 pagi. Selepas selesai aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan sekolah terutamanya kawasan kantin setelah. Kira-kira pukul 12.00 tengahari semua peserta dibenarkan pulang.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Isnin 26 September 2011 iaitu sewaktu majlis perhimpunan. Keputusan pertandingan aktiviti adalah seperti berikut:

Aktiviti 1:Pertandingan Masakan: Menu Minum Petang (Bihun Goreng)
Kedudukan
Kumpulan
Guru Pembimbing
Pertama
7
PN. NOOR HAYATI ABD KADIR
Kedua
8
PN. ROKIAH DAHARI
Ketiga
4
CIK NORAZLINA ALIAS





Aktiviti 2:Pertandingan Mendirikan Gajet
Kedudukan
Kumpulan
Guru Pembimbing
Pertama
1
PN HJH. AISIAH SHAFIE
Kedua
9
PN HJH LENA SAMIM
Ketiga
10
PN HJH SAGINAH MOHD YUSOFF





Aktiviti 3: Kraftagan Bahan Buangan :Botol Plastik
Kedudukan
Kumpulan
Guru Pembimbing
Pertama
3
PN SUHANA KHALIL
Kedua
12
EN MOHD ASHADEE SUKRI
Ketiga
11
CIK MARIATUL QIBTIAH DZULKIFLI





Aktiviti 4: Kuiz dan Mencantum Puzzle
Kedudukan
Kumpulan
Guru Pembimbing
Pertama
2
PN. NORHAYATI AHMAD
Kedua
5
EN KHAIRUL AZAM JAMIL
Ketiga
6
CIK PETRINA A/P MICHAEL






Dalam Majlis Penutupan, En Daud b Zakaria(Guru Besar) beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada AJK Hari Kokurikulum dan kepada murid-murid kerana menjayakan Kemuncak Hari Kokurikulum 2011. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya dan mengingatkan kepada murid-murid supaya menghargai setiap pengalaman yang diperolehi sepanjang mengikuti program Kemuncak Hari Kokurikulum 2011. Pengalaman tersebut amat penting kerana ia boleh digunakan sepanjang hidup mereka.





Disediakan oleh:                                                                                 28 September 2011

(HAIRUL BIN MOHD RAMLI)
Setiausaha
Kemuncak Hari Kokurikulum 2011
SK Sungai Lampam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan