Isnin, 3 Oktober 2011

TATABAHASA

A). DEFINISI TATABAHASA


  1. Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan , kaedah dan sistem sesuatu bahasa.Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya. Oleh hal yang demikian, kajian tatabahasa juga dapat diertikan sebagai bidang yang  menganalisis dan menghuraikan pembentukan ayat.
  2. Ayat dalam sesuatu bahasa terbina daripada rentetan kata yang bermakna. Hal ini bermakna kajian tatabahasa turut mencakup bidang yang meneliti pembentukan kata.
  3. Daripada segi pendekatan terdapat dua perkataan yang kerap digunakan oleh ahli-ahli bahasa dalam menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu analisis melalui rumus dan analisis transformasi-generatif
  4. Analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibinaberdasarkan rumus tatabahasa tertentu.Sebagai contoh ayat yang lengkap dilihat terbina daripada konstituen subjek dan predikat.
  5. Pendekatan tranfomasi-generatif menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untuk menganalisis dan menghuraikan ayat.
  6. Sebagai kesimpulan, walau apapun pendekatan yang digunakan, kajian tatabahasa dapat dibahagikan kepada dua.Kajian bahasa pada peringkat kata dikenali sebagai morfologi manakala kajian bahasa pada peringkat ayat dinamakan sintaksis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan